Images
  • sg covid-19
    (Gambar: Mediacorp)

49 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, 32 kes diimport

SINGAPURA: Singapura melaporkan 49 kes baru COVID-19 pada Selasa (24 Mac), dan 32 daripaddanya adalah kes yang diimport.

Ini meningkatkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Singapura kepada 558.

Kebanyakan daripada kes jangkitan yang diimport itu mempunyai sejarah perjalanan ke Britain, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kemaskini.

Lagi lima kes yang diimport telah ke Amerika Syarikat manakala kes-kes yang lain telah berkunjung ke Malaysia, Perancis, Indonesia dan Australia.

Daripada kes-kes yang diimport, 25 adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap dan lima merupakan pemegang pas lawatan jangka panjang.

Setakat ini, 156 kes secara keseluruhan sudah keluar hospital, termasuk dua pesakit yang meninggal dunia.

Lagi 17 pesakit masih dirawat di unit jagaan rapi dan berada dalam keadaan kritikal.

PESAKIT COVID-19 STABIL AKAN DIPINDAHKAN KE HOSPITAL PRIVET DITETAPKAN

Dalam kenyataan pada Isnin, MOH menyatakan para pesakit COVID-19 dalam keadaan "sihat dan stabil" akan dihantar ke hospital-hospital privet yang ditetapkan supaya hospital-hospital awam mempunyai keupayaan untuk menangani lebih banyak kes lebih serius.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

- CNA/HA/ha

Top