Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

49 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 jangkitan dalam masyarakat dan 8 kes import

Singapura melaporkan 49 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (13 Sep), termasuk satu jangkitan dalam masyarakat dan lapan kes import.

Anggaran Waktu Membaca:
49 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 jangkitan dalam masyarakat dan 8 kes import

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 03:56PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 11:37PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 49 kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (13 Sep), termasuk satu jangkitan dalam masyarakat dan lapan kes import.

47 kes hari ini tidak mengalami gejala dan dikesan menerusi saringan dan pengawasan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Satu-satunya kes jangkitan dalam masyarakat melibatkan seorang pemegang pas kerja, yang buat masa ini tidak dikaitkan dengan kes sebelumnya. Beliau dikesan hasil ujian rutin berjadual pihak berkuasa ke atas pekerja sektor bidaan, marin dan pemprosesan yang tinggal di luar dormitori.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dan budak perempuan enam tahun adalah antara lapan kes import hari ini. Mereka masing-masing tiba dari India dan Amerika Syarikat, dan adalah kontak kes sebelum ini.

Kes import lain pulang dari Filipina dan India.

KES DI DORMITORI

Sebilangan besar kes jangkitan baru melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori, membentuk 40 kes yang dilaporkan pada Ahad.

Sembilan daripada mereka dikesan melalui ujian pengawasan, sementara bakinya sudah dikuarantin kerana dikenal pasti sebagai kontak kes sebelum ini.

Jumlah kes di Singapura kini meningkat kepada 57,406.

Seramai 65 lagi kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Secara keseluruhan 56,764 sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang, kata MOH.

Terdapat 60 kes yang masih dirawat di hospital dengan sebilangan besar dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang berada di unit jagaan rapi. Seramai 555 orang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Dua pusat beli-belah - Waterway Point di Punggol dan Clementi Mall - ditambah kepada senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit, menurut MOH lagi pada Ahad.

Pusat Tekka dan sebuah tempat makan di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura juga disertakan ke dalam senarai itu.

PERJALANAN RENTAS SEMPADAN

Malaysia menyatakan pada Jumaat (11 Sep) bahawa negara itu sedang meneroka kemungkinan membuka semula sepenuhnya sempadan dengan Singapura bagi perjalanan harian.

Menteri Kesihatan Adham Baba berkata tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan yang dilanjutkan hingga Disember adalah tempoh penting bagi kementerian itu menentukan masa terbaik untuk membolehkan pembukaan semula sempadan bagi perjalanan harian.

Dr Adham juga berkata kementerian itu merancang untuk menggandakan jumlah ujian swab yang dijalankan menerusi skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Aturan Perjalanan Berkala (PCA).

Singapura dan Jepun juga pada Jumaat mengumumkan bahawa kedua-dua negara akan melancarkan "laluan hijau timbal balik" untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi bagi penduduk pada 18 Sep.

Langkah langkah perlindungan kesihatan awam diumumkan seperti ujian sebelum berangkat dan selepas tiba serta atur cara terkawal semasa 14 hari pertama di kedua-dua negara.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan