Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

48 kes import baru COVID-19 di S'pura, tertinggi dalam 10 bulan

Jumlah kes import itu tertinggi di Singapura sejak 23 Mac, apabila 48 kes import dilaporkan waktu itu.

Anggaran Waktu Membaca:
48 kes import baru COVID-19 di S'pura, tertinggi dalam 10 bulan

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 04:14PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 04:16PM

SINGAPURA: Singapura mencatat 48 kes baru COVID-19 hari ini (24 Jan).

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Jumlah kes import itu tertinggi di Singapura sejak 23 Mac, apabila 48 kes import dilaporkan waktu itu.

Tiada kes baru dalam kalangan masyarakat dilaporkan mahupun di dormitori pekerja asing.

Semua kes import sudahpun dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Antaranya adalah empat rakyat Singapura dan 10 pembantu rumah asing.

Perincian kes akan diumumkan malam ini nanti.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan