Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

470 warga senja terima hongbao, baucar pasar raya sempena Tahun Baru Cina

Perdana Menteri Lee Hsien Loong meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama 470 penduduk warga senja di kawasan undi Teck Ghee pada pagi tadi (3 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2019 09:33PM Dikemas Kini : 03 Feb 2019 09:36PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama 470 penduduk warga senja di kawasan undi Teck Ghee pada pagi tadi (3 Feb).

Para warga senja itu merupakan peserta program ComCare dan Baucar Makanan Teck Ghee.

Semasa acara itu, PM Lee beramah mesra dengan para penduduk di Kelab Masyarakat Teck Ghee dan mengucapkan selamat sempena Tahun Baru Cina.

Beliau juga mengagihkan hongbao dan baucar pasar raya kepada para warga senja. Mereka juga menerima pati ayam dan limau.

Persembahan muzik dan sarapan pagi turut menyemarakkan lagi suasana. Beberapa orang warga tua berkata mereka amat menghargai habuan yang diberi dan akan menggunakannya bagi keperluan harian.

PM Lee kemudian mengunjungi sebuah pasar dan pusat makanan berdekatan untuk memberi ucap selamat dan hongbao kepada para pegerai dan penduduk.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan