Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

465,000 rakyat S'pura dan 12,000 perniagaan terima subsidi latihan Skillsfuture tahun lalu

Sekitar 465,000 rakyat Singapura dan 12,000 perniagaan sudah menerima subsidi latihan Skillsfuture pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2019 10:13PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 11:35PM

SINGAPURA: Sekitar 465,000 rakyat Singapura dan 12,000 perniagaan sudah menerima subsidi latihan Skillsfuture pada tahun lalu.

Ini termasuk skim Kredit Skillsfuture di mana rakyat Singapura

berusia 25 tahun dan ke atas diberi kredit $500 untuk mengikuti kursus-kursus latihan.

Kira-kira 431,000 rakyat Singapura sudah memanfaatkan skim itu sejak ia dilancarkan pada 2015.

Lebih 80 peratus peserta yang ditinjau mengatakan latihan Skillsfuture sudah membantu dalam peningkatan kerja mereka.

SkillsFuture Singapore mengatakan ia akan terus meluaskan kursus-kursus yang ada dan sedang berusaha mengadakan sistem penilaian terhadap hasil latihan agar para individu dan perusahaan dapat membuat keputusan yang bijak. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan