Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

46% usahawan Melayu positif tentang pertumbuhan ekonomi S'pura

Peningkatan kemahiran pekerja dijangka mendapat perhatian dalam Belanjawan Isnin depan bagi memenuhi keperluan ekonomi baru.

Anggaran Waktu Membaca:
46% usahawan Melayu positif tentang pertumbuhan ekonomi S'pura

Pengarah Eksekutif DPPMS Azrulnizam Shah Sohaimi.

SINGAPURA: Peningkatan kemahiran pekerja dijangka mendapat perhatian dalam Belanjawan Isnin depan bagi memenuhi keperluan ekonomi baru.

Pihak peniagaan pula khususnya syarikat kecil dan sederhana (SME) berharap bantuan dapat dipertingkatkan, terutama dengan spekulasi kenaikan cukai, agar boleh kekal berdaya saing.

Berdasarkan tinjauan pra-Belajawan yang dilakukan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bulan lalu, 46 peratus usahawan daripada pelbagai sektor perniagaan yang menjadi responden, melahirkan pandangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi Singapura.

32 peratus pula mengambil sikap sederhana manakala bakinya mempunyai sentimen negatif.

Namun mereka bersedia untuk mendakap tuntutan ekonomi masa depan.

Misalnya, mengamalkan teknologi baru dan menembusi pasaran antarabangsa untuk kekal berdaya saing.

Mereka akur sentimen positif untuk terus maju dalam perniagaan masing-masing dihambat faktor kos utama yang termasuk sewa kedai, buruh dan operasi.

Untuk mengatasi masalah itu, kebanyakan responden berharap lebih banyak sokongan insentif dapat dihulurkan pemerintah sedang mereka berusaha mengejar trend perniagaan semasa seperti pendigitalan.

Pengarah Eksekutif DPPMS Azrulnizam Shah Sohaimi berkata: "Sebelum ini ada Productivity & Innovation Credits (PIC) tapi program itu sudah tamat di akhir 2017. Jadi kalau ada program yang sama tapi diselewengkan ke arah menerokai landasan-landasan digital, saya fikir usahawan-usahawan dalam perniagaan-perniagaan kecil ini akan lebih terbuka terhadap menggerakkan sistem mereka ke sistem yang lebih moden."

Adakah spekulasi mengenai kenaikan cukai, yang mungkin diperluaskan ke sektor dagangan elektronik, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga?

"Dalam setahun atau dua ini, kerisauan ini mungkin akan meningkat terutamanya kerana kami lihat di sekeliling kami, seperti kami katakan, platform-platform lain, e-niaga yang lain sudah mula dikenakan cukai di negeri yang lain.

"Tetapi tumpuan mereka adalah untuk merealisasikan potensi mereka sebagai perniagaan kerana di alam digital ini memang banyak peluang," kata Encik Azrulnizam.

Maka itu, inisiatif-inisiatif seperti SkillsFuture, kata beliau, wajar diperluaskan untuk membantu perniagaan kekal berdaya saing dengan kemahiran baru. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan