Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

46% syarikat S'pura 'tidak beritahu sepenuhnya' jika maklumat peribadi pelanggan dicerobohi

Hampir 46 peratus perniagaan di Singapura "tidak memberitahu sepenuhnya" apabila data peribadi pelanggan mereka dicerobohi akibat serangan siber. Demikian menurut satu kajian oleh CyberArk yang dikeluarkan hari ini (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
46% syarikat S'pura 'tidak beritahu sepenuhnya' jika maklumat peribadi pelanggan dicerobohi

(Gambar hiasan: Mediacorp/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 05:05PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 05:10PM

SINGAPURA: Hampir 46 peratus perniagaan di Singapura "tidak memberitahu sepenuhnya" apabila data peribadi pelanggan mereka dicerobohi akibat serangan siber. Demikian menurut satu kajian oleh CyberArk yang dikeluarkan hari ini (18 Dis).

Menurut bahagian kedua Laporan Landskap Ancaman Canggih Global 2018, dapatan laporan itu penting kerana ia membentangkan kerugian seperti kehilangan pelanggan dan hukuman pihak berkuasa yang bakal dikenakan pada masa akan datang.

Kajian itu mendapati bahawa 58 peratus responden Singapura menunjukkan bahawa rakan syarikat mereka akan menilai program-program keselamatan mereka sebelum memeterai kerjasama dengan mereka, sementara 53 peratus mengatakan bahawa pelanggan syarikat juga akan menimbangkan aspek keselamatan terlebih dahulu.

Bagi prasarana awam, CyberArk menyatakan bahawa dengan perundangan baru yang diusulkan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), syarikat-syarikat diwajibkan membuat aduan jika terdapat pencerobohan.

"Dalam perundangan baru dari PDPC dan Akta Keselamatan Siber, hasil kajian terkini - khususnya hampir separuh daripada responden Singapura (46 peratus) yang mengatakan bahawa syarikat mereka tidak bersikap terbuka sepenuhnya apabila berlaku serangan siber - menunjukkan syarikat-syarikat harus mengubah pendekatan mereka agar tidak kehilangan pelanggan dan dikenakan hukuman pada masa akan datang," kata naib presiden syarikat Asia Pacific, Encik Vincent Goh.

Menurut syarikat itu lagi, dapatan tersebut diperolehi daripada tinjauan lebih luas yang dijalankan terhadap reponden yang melibatkan 1,300 pembuat keputusan keselamatan, pembangun DevOps dan pembangun aplikasi serta pemilik perniagaan dari tujuh buah negara termasuk Australia, Britain dan Amerika Syarikat, menurut syarikat itu. Dan daripada jumlah tersebut, 150 yang ditinjau adalah dari Singapura.

Tinjauan itu menunjukkan bahawa 53 peratus responden Singapura percaya bahawa syarikat mereka terdedah kepada serangan yang dirancang dengan teliti, seperti percubaan memancing maklumat daripada para eksekutif syarikat.

Tambahan lagi, 36 peratus percaya bahawa penyerang online tidak boleh dicegah daripada mencerobohi rangkaian dalaman mereka.

Dapatan syarikat keselamatan siber ini menyusuli berita tentang maklumat peribadi 380,000 pemandu dan penumpang Uber yang dicuri pada 2016 yang menjejas 57 juta pengguna merata dunia. Penyedia khidmat sewa kereta itu mendedahkan bahawa para penggodam dibayar AS$100,000 (S$134,620) untuk merahsiakan insiden itu dan memusnahkan data tersebut.

CyberArk menambah, pengurus hartanah ION Orchard, Orchard Turn Developments juga diarahkan supaya memperbaiki dan memperketatkan dasar dan amalan perlindungan data, selain didenda S$15,000.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan