45 penduduk dipindahkan dalam kebakaran di Tampines
Sekitar 45 penduduk berpindah ke tempat selamat setelah sebuah flat HDB di Tampines terbakar pada pagi Ahad (16 Sep), menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF).
SINGAPURA: Sekitar 45 penduduk berpindah ke tempat selamat setelah sebuah flat HDB di Tampines terbakar pada pagi Ahad (16 Sep), menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF).
Menurut SCDF, pihaknya memberi respons kepada satu panggilan berhubung kebakaran di Blok 307 Tampines Street 32 pada 9.10 pagi.
Tiada kecederaan dilaporkan sejauh ini.
Kebakaran yang melibatkan barang-barang di dalam sebuah bilik tidur berjaya dipadamkan oleh para pegawai bomba menggunakan jet air, menurut SCDF lagi.
Punca kebakaran sedang disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.