Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

44 orang disiasat kerana langgar peraturan COVID-19 di KTV tanpa lesen

Seramai 44 orang sedang disiasat kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19 di sebuah cawangan KTV tanpa lesen, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (21 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
44 orang disiasat kerana langgar peraturan COVID-19 di KTV tanpa lesen

(Gambar fail Tradehub 21)

Diterbitkan : 21 Sep 2021 07:03PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 07:05PM

SINGAPURA: Seramai 44 orang sedang disiasat kerana didakwa melanggar peraturan COVID-19 di sebuah cawangan KTV tanpa lesen, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (21 Sep).

Menurut SPF dalam satu kenyataan media, pihaknya menerima laporan pada 1 Jan, bahawa sebuah unit di Tradehub 21 di Boon Lay Way telah digunakan sebagai KTV tidak berlesen.

Setibanya mereka di tempat itu, para pegawai menemui beberapa orang berumur 17 hingga 34 tahun yang didakwa meminum arak dan bersosial.

"Acara hiburan awam dan minuman keras dipercayai disediakan di dalam unit itu," menurut polis.

35 orang akan didakwa di mahkamah pada Rabu (22 Sep) atas kesalahan melanggar sekatan jangan keluar rumah di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

Mereka yang didapati bersalah melanggar langkah jarak selamat COVID-19 boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya.

Seorang lelaki 25 tahun pula diberi notis komposisi, sementara siasatan terhadap lapan individu yang lain masih dijalankan.

"Polis memandang serius terhadap tingkah laku tidak bertanggungjawab berhubung pelanggaran peraturan jarak selamat, dan pesalah akan ditangani mengikut undang-undang," tambah SPF.  

Sumber : CNA/RB/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan