Images
  • sch
    Sekolah Rendah Holy Innocents'. (Gambar: Facebook/Holy Innocents' Primary School)

43 sekolah akan dapat pengetua baru

SINGAPURA: Sebanyak 43 sekolah akan mendapat pengetua baru sebagai sebahagian daripada perubahan tahunan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (MOE).

Sebanyak 23 daripada sekolah-sekolah berkenaan akan diketuai oleh para pengetua yang baru dilantik, kata MOE dalam satu kenyataan media pada Jumaat (16 Okt). Sepuluh daripadanya akan ditugaskan di sekolah-sekolah menengah dan 13 di sekolah-sekolah rendah.

Sekolah-sekolah menengah yang akan mempunyai pengetua yang dilantik buat pertama kali adalah: Sekolah Menengah Bedok View, Sekolah Menengah Changkat Changi, Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian, Sekolah Menengah Pasir Ris Crest, Sekolah Menengah St Andrew's, Sekolah Menengah St Gabriel's, Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Menengah Tanglin, Sekolah Menengah Temasek dan Sekolah Menengah Yishun Town.

Sekolah-sekolah rendah yang akan diketuai para pengetua yang baru dilantik adalah: Sekolah Rendah Boon Lay Garden , CHIJ (Kellock), Sekolah Rendah Chongzheng, Sekolah Rendah Guangyang , Sekolah Rendah Hougang, Sekolah Rendah Lianhua, Sekolah Rendah Northoaks, Sekolah Rendah Peiying, Sekolah Rendah Rivervale, Sekolah Rendah Woodgrove, Sekolah Rendah Woodlands, Sekolah Rendah Xinmin dan Sekolah Rendah Yangzheng.

Ini adalah detik pencapaian penting dalam kerjaya, sedang mereka memikul tanggungjawab lebih besar sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan," menurut MOE mengenai para pengetua yang baru dilantik itu.

"Bagi 20 pengetua sedia ada dan para pegawai HQ yang akan dilantik semula sebagai pengetua, ia adalah satu pengesahan akan keyakinan MOE mengenai keupayaan mereka untuk terus memimpin dan membimbing para guru, kakitangan dan pelajar di sekolah-sekolah," tambahnya.

Sekolah-sekolah yang akan mendapat pengetua baru secara bergilir dari sekolah lain termasuk: Assumption Pathway, CHIJ St Joseph's Convent, Sekolah Rendah Ang Mo Kio, Sekolah Rendah Holy Innocents', Sekolah Rendah Nan Chiau, St Joseph's Institution Junior and Sekolah Rendah Yu Neng.

MOE menyatakan bahawa proses melantik dan menukar para pengetua secara bergilir membenarkan sekolah-sekolah untuk meraih manfaat daripada perspektif baru, dan membolehkan para pengetua lebih berpengalaman untuk berkongsi amalan terbaik di merata sekolah.

"Para pengetua kami akan berpeluang menyahut cabaran-cabaran baru dan memperkukuhkan bidang-bidang kerja sekolah yang mereka baru dilantik untuk memimpin," menurut MOE.

Para pengetua akan menerima surat pelantikan mereka pada 29 Dis di Upacara Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua Sekolah, yang akan disaksikan Menteri Pendidikan Lawrence Wong. 

- CNA/EM/na

Top