Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

41,000 orang sertai acara Larian Safra Bay dan separuh Maraton Tentera

Sekitar 41,000 orang turun ke kawasan Marina Bay pada Ahad (26 Ogos) bagi acara Larian Safra Bay dan separuh Maraton Tentera.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2018 08:36PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 09:07PM

SINGAPURA: Sekitar 41,000 orang turun ke kawasan Marina Bay pada Ahad (26 Ogos) bagi acara Larian Safra Bay dan separuh Maraton Tentera.

Ramai di antaranya anggota-anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan ahli keluarga mereka.

Kanak-kanak menjadi wira sehari dengan mengambil bahagian dalam larian 800 meter di bawah kategori keluarga.

Mereka adalah sebahagian daripada 1,300 orang yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan untuk bilangan peserta memakai topeng paling ramai dalam larian beramai-ramai.

Bukan rekod itu sahaja yang ditetapkan, acara tahun ini juga memecahkan rekod penyertaan ahli keluarga SAF yang paling ramai iaitu 7,400 orang - 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu. 

Sumber : CNA/AR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan