Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400 penduduk hadiri acara 'Bulan Bahasa @ Sembawang GRC'

Di kawasan Sembawang, 400 penduduk berkumpul dan meraikan keindahan bahasa melalui acara-acara yang menarik dan interaktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2018 10:36PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 10:42PM

SINGAPURA: Di kawasan Sembawang, 400 penduduk berkumpul dan meraikan keindahan bahasa melalui acara-acara yang menarik dan interaktif.

Acara diberi nama 'Bulan Bahasa @ Sembawang GRC' adalah hasil kerjasama beberapa Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di kawasan tersebut.

Sejak tengah hari tadi (8 Sep), para penduduk di kawasan Sembawang berpeluang menyertai kegiatan kebudayaan dan pada masa yang sama menghargai bahasa Melayu.

Mereka juga berpeluang mencuba menghasilkan kraf tangan tradisional dan bermain alat muzik Melayu.

Dalam pada itu, terdapat juga kegiatan kebudayaan beramai-ramai seperti tarian Melayu dan juga peraduan berpidato bagi sekolah-sekolah.

Bukan itu saja, orang ramai juga didedahkan kepada penggunaan bahasa Melayu pada zaman lalu seperti bahasa Melayu yang digunakan kerabat diraja.

Ini semua adalah sebahagian daripada usaha meluaskan program Bulan Bahasa ke estet-estet perumahan agar dapat mendampingi lebih ramai anggota masyarakat.

"Saya rasa yang penting adalah pertama kita tahu tentang kepentingan bahasa dan kita juga dapat menghargai secara seharian. Mengamalkan berbahasa, berbual-bual dengan anak-anak dalam bahasa ibunda kita. Saya rasa itu penting kerana jika kita tidak sering berbahasa, mungkin kita lupa," kata Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan