400 pekerja industri khidmat makanan bakal raih manfaat program latihan baru
Bagi memenuhi beberapa cabaran yang dihadapi industri khidmat makanan, satu skim mereka dan melatih semula pekerjaan yang dirombak, diharap dapat mewujudkan pekerjaan lebih bermutu.
SINGAPURA: Bagi memenuhi beberapa cabaran yang dihadapi industri khidmat makanan, satu skim mereka dan melatih semula pekerjaan yang dirombak, diharap dapat mewujudkan pekerjaan lebih bermutu.
Ia bertujuan menarik dan mengekalkan para pekerja sektor tersebut.
Sekitar 400 pekerja dijangka meraih manfaat daripada Program Mereka dan Melatih Semula Pekerjaan pada tempoh dua tahun akan datang.
Skim yang diperbaharui itu bertujuan mendapatkan para penolong khidmat makanan menggunakan huraian digital bagi melakukan tugasan yang bernilai tambah.
Permohonan bagi program itu juga lebih mudah bagi para majikan kerana terdapat pencontoh terperinci untuk membantu mereka memulakan permohonan.
Skim berkenaan juga akan menyediakan para majikan dengan sokongan gaji bagi latihan maksimum tiga bulan.
Majikan boleh menerima sehingga 90 peratus sokongan gaji bagi setiap pelatih.
Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata beliau berbesar hati dengan firma-firma yang merebut peluang pertumbuhan dengan memikirkan dan mereka semula pekerjaan.
"Sepanjang tempoh ini, kami lihat peluang itu lebih disasarkan, kita lihat ada lebih banyak peluang untuk mereka program berkenaanbagi memenuhi keperluan khusus industri.
"Jadi bagi situasi ini kita melihat industri yang terlibat dalam pengilangan makanan, cara mereka menjalankan transformasi lebih khusus. Jadi, kami juga boleh meningkatkan program mereka dan melatih semula pekerjaan agar lebih sesuai buat keperluan mereka," kata Cik Teo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.