Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

400,000 isi rumah akan terima pusingan kedua baucar S$50

Pusingan kedua agihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang berjumlah S$20 juta akan diberikan kepada sekitar 400,000 isi rumah mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:26PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:47PM

SINGAPURA: Pusingan kedua agihan baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang berjumlah S$20 juta akan diberikan kepada sekitar 400,000 isi rumah mulai bulan depan.

Semua isi rumah yang layak boleh mengambil baucar berjumlah S$50 itu dari kelab-kelab dan pusat masyarakat.

Baucar-baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli makanan serta barangan dan khidmat penting di pusat-pusat penjaja dan kedai yang menyertainya.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat melancarkan lanjutan skim itu di Kelab Masyarakat Bedok siang tadi (25 Jan).

Skim Baucar CDC itu sebahagian daripada geran S$75 juta yang diumumkan dalam Belanjawan-belanjawan Perpaduan dan Kecekalan pada tahun lalu.

Ia bertujuan membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah menampung kos sara hidup
di samping menyokong para peniaga dan penjaja tempatan di estet-estet perumahan HDB.

DPM Heng berkata lebih daripada 8,100 peniaga kini menyertai skim itu dan beliau berharap jumlahnya akan bertambah. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan