Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

40 ahli bomba padam kebakaran di gudang Kim Chuan Drive

Kira-kira 40 ahli bomba dikerah pada Isnin (18 Nov) untuk memadamkan kebakaran di sebuah gudang menyimpan barangan dekat Hougang, menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 06:06PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 09:58PM

SINGAPURA: Kira-kira 40 ahli bomba dikerah pada Isnin (18 Nov) untuk memadamkan kebakaran di sebuah gudang menyimpan barangan dekat Hougang, menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dalam satu catatan Facebook.

Kebakaran itu melibatkan barangan dapur dan beberapa barangan rumah yang disimpan di bahagian bumbung gudang berkenaan.

Pihak berkuasa dimaklumkan tentang kebakaran itu pada sekitar 11.30 pagi dan setibanya mereka di tempat kejadian, api sedang "marak di bahagian bumbung" dan "berisiko merebak".

Para pegawai bomba memakai set alat pernafasan dan menaiki "tangga yang sempit dan dipenuhi serpihan" untuk memadam api.

Selain 40 anggota pegawai bomba, SCDF menyatakan ia juga mengerahkan 14 kenderaan kecemasan.

"Pada kemuncak operasi, tiga jet air juga digunakan untuk mengawal kebakaran," kata SCDF.

Gambar-gambar yang dikongsi di akaun Facebook SCDF menunjukkan timbunan periuk memasak yang hangus. Satu rakaman video oleh pembaca CNA, Mediacorp menunjukkan asap hitam dan tebal menyelubungi udara.

"Saya melihat asap tebal dan hitam," kata pembaca itu. "Pada awalnya saya fikir ada kemalangan di jejambat Bartley Road East. Namun apabila saya lihat lagi, ada api dan asap lebih tebal."

"Saya menghubungi SCDF," katanya sambil menarik perhatian pihak berkuasa tiba di tempat kejadian dalam kira-kira lima minit.

Kebakaran dapat dipadamkan pada pukul 12.45 tengah hari.

Tiada kecederaan dilaporkan. Empat penghuni premis meninggalkan tempat itu sebelum ketibaan SCDF.

Punca kebakaran masih disiasat.

Sementara itu, operasi menyembur air bagi mencegah tercetusnya kebakaran lagi masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan