Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 syarikat menang Anugerah Rekaan dan Keselamatan Kejuruteraan BCA

Jurutera di sebalik idea untuk menghubungkan dua bangunan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan lebih cepat adalah antara empat pemenang Anugerah Rekaan dan Keselamatan Kejuruteraan tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Aug 2020 05:20PM Dikemas Kini : 23 Aug 2020 08:36PM

SINGAPURA: Jurutera di sebalik idea untuk menghubungkan dua bangunan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan lebih cepat adalah antara empat pemenang Anugerah Rekaan dan Keselamatan Kejuruteraan tahun ini.

Anugerah Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) itu mengiktiraf mereka yang menghasilkan rekaan inovatif dan huraian kejuruteraan.

Stuktur hubungan antara dua bangunan SMU tersebut, yang dibina oleh syarikat Meinhardt (Singapore) Pte Ltd, menggunakan sistem lantai CLT yang ringan dan mudah dipasang.

Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan mengurangkan gangguan trafik terutama sekali kerana kawasan terjejas adalah lebih kecil berbanding projek-projek biasa.

Rangka besi keluli turut digunakan bagi menjadikan proses pemasangan lebih selamat dan cepat.

Satu lagi pemenang anugerah itu adalah jurutera dari KTP Consultants Pte Ltd, yang menggunakan cara bijak untuk melindungi bangunan-bangunan warisan di Maxwell Chambers Suite ketika membina jambatan setinggi 20 meter.

Menurut seorang jurutera syarikat itu, kedua-dua bangunan warisan tersebut mempunyai muka bangunan yang terpelihara di mana strukturnya adalah sebahagian penting daripada ciri bangunan berkenaan.

Maka itu, cabaran terbesar projek tersebut adalah untuk membina jambatan tanpa menjejas muka bangunan mahupun membinanya semula. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan