Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 suspek diberkas guna wang kertas S$100 palsu

Tiga wanita dan seorang lelaki diberkas kerana disyaki menggunakan wang kertas S$100 yang palsu

Anggaran Waktu Membaca:
4 suspek diberkas guna wang kertas S$100 palsu

Gambar fail wang kertas S$100. (Gambar: Singapore Statutes Online)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 05:09PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 05:12PM

SINGAPURA: Tiga wanita dan seorang lelaki diberkas kerana disyaki menggunakan wang kertas S$100 yang palsu, menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (31 Jul).

Keempat-empat suspek akan didakwa di mahkamah hari ini, menurut polis.

Polis menerima aduan antara 22 Jul dengan 29 Jul, mengenai penggunaan wang kertas S$100 palsu bagi pembayaran di kedai-kedai kopi dan serbaneka di estet perumahan di Woodlands dan Hougang.

Tiga wanita itu diberkas di Hougang Avenue 6 pada 29 Julai, kira-kira 4.30 petang menyusuli siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Ehwal Komersial (CAD) untuk mengenal pasti identiti suspek.

Lelaki berusia 27 tahun itu pula diberkas di Woodlands Rise pada 30 Julai, kira-kira jam 12.15 tengah hari, menyusuli siasatan oleh Divisyen Polis Jurong dan CAD.

SALINAN FOTO WANG KERTAS

"Wang kertas S$100 itu, yang dipercayai adalah salinan foto, tidak mempunyai beberapa ciri keselamatan seperti tera air yang merupakan gambar Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Bin Ishak," kata polis.

Wang-wang kertas palsu yang digunakan oleh para suspek mempunyai nombor bersiri 1AE483429, 2EC327675, 3AX174455, dan 3AB548790, dedah polis.

Menurut polis, siasatan awal menunjukkan bahawa keempat-empat suspek mungkin terlibat dalam sekurang-kurangnya empat lagi kes menggunakan wang kertas S$100 palsu pada Julai.

Sesiapa yang didapati menggunakan wang kertas palsu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda, manakala mereka yang didapati memiliki wang kertas palsu boleh dipenjara sehingga 15 tahun, menurut polis.

Polis juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati menerima wang kertas sedemikian.

Sumber : CNA/KN/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan