Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 pusat vaksinasi COVID-19 di S'pura beroperasi sebelum akhir bulan ini

Empat pusat vaksinasi di Singapura akan mula beroperasi sebelum akhir bulan ini. Dua daripada pusat tersebut, iaitu di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan Pusat Konvensyen Raffles City, sudahpun bermula operasi.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pusat vaksinasi COVID-19 di S'pura beroperasi sebelum akhir bulan ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 07:22PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 07:25PM

SINGAPURA: Empat pusat vaksinasi di Singapura akan mula beroperasi sebelum akhir bulan ini.

Dua daripada pusat tersebut, iaitu di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi dan Pusat Konvensyen Raffles City, sudahpun bermula operasi.

Lagi dua pusat akan beroperasi di bangunan Sekolah Menengah Hong Kah yang lama dan Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy. Empat lagi pusat akan ditubuhkan bulan depan.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lebih banyak pusat sedemikian akan disediakan, secara bertahap-tahap.

Perincian pusat-pusat vaksinasi tersebut didedahkan semasa pengerusi bersama jawatankuasa bertindak berbilang kementerian, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Pendidikan Lawrence Wong menerima suntikan dos pertama vaksin BioNTech masing-masing, di Hospital Kwong Wai Shui pada Rabu (13 Jan).

Suntikan vaksin bagi kakitangan rumah jagaan juga dilancarkan di situ pada hari yang sama.

Menurut Encik Gan, empat pusat vaksinasi pertama di Singapura, setiap satu terletak di bahagian utara, selatan, timur dan barat negara.

Pada masa depan, lebih banyak pusat tersebut akan dibuka untuk memudahkan warga Singapura mendapatkan vaksin COVID-19.

Sejak program vaksinasi dimulakan di Singapura, sekitar 6,200 individu sudahpun menerima suntikan.

Bagaimanapun program itu akan diperhebat, tidak lama lagi. Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas, bakal menerima vaksin COVID-19 lebih awal daripada yang dijangkakan, pada lewat bulan ini.

Encik Gan berkata golongan warga tua itu akan dijemput ke poliklinik berdekatan atau pusat vaksinasi terdekat menerusi sistem tempahan bagi mengurangkan pembaziran.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung juga mendedahkan di Facebook, proses vaksinasi juga sudah dimulakan dalam kalangan kakitangan barisan hadapan dalam sektor penerbangan dan maritim. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan