Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 platform pendanaan ramai komited dakapi kod amalan industri

Empat platform itu adalah Give.asia, Giving.sg, The Ray of Hope Initiative Limited dan SimplyGiving.

Anggaran Waktu Membaca:
4 platform pendanaan ramai komited dakapi kod amalan industri

Petikan gambar platform Giving.sg.

Diterbitkan : 23 Jan 2018 01:09PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 01:11PM

SINGAPURA: Empat platform pendanaan ramai utama di Singapura komited mendakapi Kod Amalan yang baru dilancarkan bagi rayuan mengutip derma online, menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Selasa (23 Jan).

Empat platform itu adalah Give.asia, Giving.sg, The Ray of Hope Initiative Limited dan SimplyGiving.

Kod Amalan, iaitu set amalan terbaik bagi platform pendanaan ramai di Singapura, berlandaskan usaha memastikan "kesahan, kebertanggungjawapan, dan ketelusan" rayuan amal yang dianjurkan platform sedemikian, menurut MCCY.

Sebagai sebahagian daripada kod tersebut, platform seumpama itu perlu membuat pengisytiharan pematuhan dengan peraturan mengutip derma di bawah Akta Badan Amal.

Ini termasuk kewajipan mereka untuk membuat pendedahan tepat kepada penderma, mengekalkan rekod sumbangan dengan betul dan menggunakan sumbangan tersebut mengikut tujuan asal.

Pengasas bersama Give.asia Aseem K Thaku berkata platformnya mengalu-alukan Kod Amalan itu kerana ia membawa "lebih banyak ketelusan dan kepercayaan" kepada ruang sumbangan online.

"Kami percaya dengan bertambahnya kepercayaan, lebih ramai orang akan menyumbang dan lebih banyak tujuan amal akan disokong iaitu satu hasil yang baik," jelasnya.

Berucap di Forum 'Giving Matters' Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu berkata beliau "berbesar hati" atas sokongan industri kepada kod amalan itu.

Beliau juga menekankan peranan penderma dalam mendorong "sumbangan online yang lebih selamat".

"Para penderma juga mesti memainkan peranan mereka bagi mempertanggungjawabkan pengutip derma, dengan menanyakan soalan tentang kesahihan rayuan itu walaupun semasa menunjukkan sifat ihsan," kata Cik Fu.

Kod amalan dan senarai platform tersebut yang mematuhinya akan diterbitkan di portal amal itu.

"Jika sesebuah platform mencabuli Kod Amalan tersebut, namanya akan dikeluarkan daripada senarai," dedah MCCY. Ia turut menyatakan bidang yang didapati mencabuli kod oleh sesebuah platform mungkin diletakkan di portal tersebut.

Sumber : CNA/IM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan