Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 penghuni Rumah Jagaan Orange Valley di Simei didapati positif COVID-19 selepas ujian

Empat daripada pesakit COVID-19 warga Singapura yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOM) pada Khamis (21 Mei) ialah penghuni Rumah Jagaan Orange Valley di Simei.

Anggaran Waktu Membaca:
4 penghuni Rumah Jagaan Orange Valley di Simei didapati positif COVID-19 selepas ujian

(Gambar: Orange Valley Nursing Home)

Diterbitkan : 22 May 2020 10:09AM Dikemas Kini : 22 May 2020 10:19AM

SINGAPURA: Empat daripada pesakit COVID-19 warga Singapura yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOM) pada Khamis (21 Mei) ialah penghuni Rumah Jagaan Orange Valley di Simei.

Mereka berusia antara 72 dengan 97 tahun. Mereka didapati dan disahkan sebagai kes positif pada Rabu hasil ujian pengawasan berterusan kementerian ke atas semua penghuni rumah tumpangan.

Mereka kini dirawat di Hospital Besar Changi, kata Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) pada Khamis.

KES DIKESAN MELALUI UJIAN AKTIF

Keempat-empat penghuni Orange Valley itu ialah antara 13 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap yang dilaporkan pada Khamis.

Ujian sedang dilakukan ke atas para penghuni dan kakitangan rumah jagaan, rumah kebajikan, rumah perlindungan dan rumah jagaan orang dewasa kurang upaya, kerana mereka dianggap sangat terdedah mengalami komplikasi dari COVID-19, kata MOH dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga awal bulan ini.

AIC mennyatakan bahawa lebih 10.200 penghuni rumah jagaan telah diuji setakat Rabu.

"Dari hasil ujian yang diterima setakat ini, semua penduduk diuji negatif kecuali empat penghuni Orange Valley," menurut AIC dalam satu kenyataan media.

Semua kakitangan Orange Valley diuji negatif bagi virus korona itu bila mereka diuji pada awal Mei.

Pihak berkuasa telah melaksanakan beberapa langkah untuk melindungi warga tua, termasuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan kakitangan rumah jagaan dan di rumah.

Kakitangan yang perlu bersemuka dengan klien mereka juga telah diarahkan untuk berpindah ke kemudahan penginapan yang dikhususkan di rumah jagaan, atau di hotel selama tempoh "pemutus rantaian jangkitan".

Para kakitangan Orange Valley telah menginap di hotel-hotel yang diperuntukkan sejak 8 Mei, tambah AIC.

UJIAN SEMULA KONTAK RAPAT

Kontak rapat empat pesakit itu telah diuji sebagai langkah pencegahan tambahan, menurut agensi itu. Ini termasuk kakitangan yang lebih awal diuji negatif pada permulaan bulan. Hasil semua ujian adalah negatif.

"Dengan kes-kes yang telah disahkan, Orange Valley juga telah membersihkan dan menyahjangkit wad dengan teliti dan kawasan-kawasan rumah jagaan yang terjejas, dan akan meningkatkan penggunaan alat pelindungan peribadi (PPE) di kalangan kakitangan," tambahnya.

Rumah Jagaan Orange Valley mengendalikan lima rumah jagaan, yang terletak di Balestier, Changi, Clementi, Marsling dan Simei.

"Pengesanan hubungan diteruskan untuk mengenal pasti dan mengkuarantin orang-orang yang berhubung rapat dengan penghuni," kata AIC.

Pada Khamis, Singapura mencatatkan kematian ke-23 akibat virus korona - seorang lelaki warga Singapura berusia 73 tahun yang mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, hiperlipidemia dan hipotiroidisme.

Ia juga melaporkan 448 kes baru pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 29,812.

Tiga daripada kes baru itu ialah kakitangan prasekolah, yang juga disahkan melalui rejim ujian aktif kementerian itu.

Empat pesakit lain ialah anggota keluarga seorang lelaki yang telah datang ke kerja di dormitori Cochrane Lodge II di Admiralty, sebuah selompok dengan 394 kes yang disahkan.

Keempat-empatnya juga merupakan kontak serumah Kes 28271, wanita rakyat Singapura yang datang ke kerja di stesen MRT Bishan selepas mengalami simptom.

Lagi 910 pesakit COVID-19 telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah pesakit yang pulih menjadi 12,117.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan