Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 pekerja dibawa ke SGH susuli kebakaran loji kimia Pulau Jurong

Empat pekerja dihantar ke hospital kerana mengalami luka terbakar menyusuli satu kebakaran yang berlaku di sebuah loji kimia di Pulau Jurong pada awal pagi Selasa (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
4 pekerja dibawa ke SGH susuli kebakaran loji kimia Pulau Jurong

Kebakaran dilaporkan berlaku pada sekitar 2.00 pagi di salah sebuah loji Mitsui Elastomers di Singapura. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 29 May 2019 01:12PM Dikemas Kini : 29 May 2019 01:15PM

SINGAPURA: Empat pekerja dihantar ke hospital kerana mengalami luka terbakar menyusuli satu kebakaran yang berlaku di sebuah loji kimia di Pulau Jurong pada awal pagi Selasa (28 Mei).

Kebakaran di salah sebuah loji Mitsui Elastomers di Singapura berlaku pada sekitar 2.00 pagi, menurut jurucakap syarikat Mitsui Chemicals.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan sekitar 50 anggota bomba dan 15 kenderaan ke loji berkenaan, yang terletak di 701 Ayer Merbau Road.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan sebelum pukul 4.00 pagi oleh pasukan SCDF dan pasukan respons kecemasan syarikat tersebut, dengan menggunakan semburan buih.

Menurut SCDF, kebakaran berkenaan melibatkan kebocoran petrokimia daripada unit pertukaran haba di dalam loji tersebut. Punca kebakaran masih lagi disiasat.

Keempat-empat pekerja sedang bertugas semasa insiden tersebut berlaku, menurut Mitsui Chemicals. Mereka dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana mengalami luka terbakar.

Mitsui Elastomers menghasilkan dan menjual elastomer dan bahan-bahan plastik yang lain.

Syarikat itu juga sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan