Images
  • mom
    Bangunan Kementerian Tenaga Manusia.

4 pas kerja ditarik balik setelah langgar syarat notis SHN

SINGAPURA: Pas kerja milik tiga pemegang permit kerja dan pemegang pas S sudah ditarik balik setelah mereka melanggar syarat-syarat Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejak tiga bulan lalu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat (20 Nov).

Mereka meninggalkan tempat kediaman mereka tanpa sebab wajar dan tidak mendapatkan kebenaran MOM semasa tempoh notis SHN.

"Dua pemegang pas kerja yang meninggalkan kediaman notis SHN masing-masing dikesan menerusi Smartwatch yang diberikan MOM," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan media.

"Dua lagi pemegang pas kerja yang lain, yang menjalani notis SHN di kemudahan khas dan tidak diwajibkan memakai Smartwatch, dilaporkan oleh seorang awam dan kakitangan.

Sebanyak 44 pas kerja sudah ditarik balik sejak 1 Mei menyusuli pelanggaran syarat-syarat notis SHN, menurut MOM, sambil menambah bahawa pemegang pas kerja sudah mematuhi syarat-syarat itu.

"MOM mengingatkan semua pemegang pas kerja dan para majikan mereka untuk mematuhi perintah kuarantin atau syarat notis SHN," menurut kementerian.

Mereka yang gagal berbuat demikian, termasuk mereka yang merosakkan atau menanggalkan alat pemantauan elektronik itu semasa perintah kuarantin atau tempoh SHN, boleh dihukum, menurut MOM.

- CNA/NA/na

Top