Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 parti pembangkang bentuk perikatan bagi Pilihan Raya Umum akan datang

Empat parti pembangkang akan membentuk perikatan bagi Pilihan Raya Umum akan datang, yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2021.

Anggaran Waktu Membaca:
4 parti pembangkang bentuk perikatan bagi Pilihan Raya Umum akan datang

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jan 2020 12:15AM Dikemas Kini : 04 Jan 2020 12:25AM

SINGAPURA: Empat parti pembangkang akan membentuk perikatan bagi Pilihan Raya Umum akan datang, yang harus diadakan selewat-lewatnya pada 2021.

Parti Kuasa Rakyat (PPP) memberitahu Mediacorp bahawa ia merancang untuk berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Persatuan Kementerian Ehwal Dalam Negeri menjelang hujung bulan ini. Pihaknya juga akan berbincang tentang pendirian bersama mengenai dasar dan manifesto mereka.

Tiga anggota lain yang dimaksudkan adalah Parti Warga Singapura Diutamakan, Parti Demokratik Progresif dan Parti Pembaharuan.

Ketua PPP Goh Meng Seng berkata mereka merancang untuk membentuk perikatan sejak Pilihan Raya Umum 2015.

Mereka sudah membincangkan idea itu dengan parti politik lain tetapi belum ada sebarang perkembangan.

Encik Goh menambah, perikatan itu mengalu-alukan parti lain untuk menyertai mereka.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan