Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 masjid akan rintis buka satu zon tambahan setiap sesi solat Jumaat mulai 25 Jun: MUIS

Usaha rintis itu adalah sejajar dengan garis panduan baru bagi rumah ibadat di bawah Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang bermula pada Isnin (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2021 04:36PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 09:22PM

BERITAmediacorp: Empat masjid akan membuka satu zon tambahan bagi setiap sesi solat Jumaat mulai 25 Jun nanti.

Usaha rintis itu adalah sejajar dengan garis panduan baru bagi rumah ibadat di bawah Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) yang bermula pada Isnin (14 Jun).

Masjid-masjid itu ialah Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin.

"Pada minggu-minggu akan datang pula, kami akan membuka lebih banyak ruang di lebih banyak masjid jika keadaan kekal stabil," jelas MUIS dalam satu kenyataan media pada Sabtu (12 Jun).

Lantaran itu, MUIS menjelaskan bahawa masjid-masjid lain juga sedang membuat persediaan untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi solat Jumaat dengan selamat bagi jemaah yang sudah divaksinasi sepenuhnya atau menjalani ujian sebelum acara.

"Sedang lebih ramai jemaah dalam masyarakat menerima vaksinasi penuh mereka atau sudah biasa dengan prosedur ujian sebelum acara, MUIS berharap dapat memenuhi jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah Fasa 3 (HA). Perkara ini selaras dengan strategi negara untuk Menguji, Menjejak dan Memvaksinasi," tambah MUIS.

Kenyataan itu menambah bahawa buat masa ini masjid-masjid merata negara akan terus menawarkan 50 ruang bagi solat berjemaah setiap hari dengan tempahan slot dilakukan secara sistem tempahan online masjid.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kesabaran dan kerjasama dalam perjalanan ini bersama kami untuk menyambung semula lebih banyak kegiatan di masjid dengan selamat," menurut badan agama itu.

Lebih banyak perincian tentang prosedur baru itu dan penyambungan semula kegiatan lain di masjid seperti kelas aLIVE akan dikongsikan pada minggu-minggu akan datang, tambah MUIS.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan