Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 Makmal Kesihatan Aktif baru ditubuhkan tahun ini

Rakyat Singapura yang ingin mendapatkan nasihat mengenai bagaimana untuk menjaga berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat, tidak lama lagi boleh mendapatkan bantuan pakar di lokasi-lokasi kejiranan.

Anggaran Waktu Membaca:
4 Makmal Kesihatan Aktif baru ditubuhkan tahun ini

Cik Fu di Makmal Kesihatan Aktif pada 2017. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 03:58PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 04:01PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang ingin mendapatkan nasihat mengenai bagaimana untuk menjaga berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat, tidak lama lagi boleh mendapatkan bantuan pakar di lokasi-lokasi kejiranan.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu mengumumkan di Parlimen hari ini (8 Mac) bahawa terdapat rancangan untuk menubuhkan empat lagi Makmal Kesihatan Aktif di pusat sukan Bishan, Jurong East, Sengkang dan Woodlands tahun ini.

Dua versi makmal bergerak akan diperkenalkan dan dibawa ke Kelab Masyarakat dan ruang Jawatankuasa Penduduk serta kemudahan sukan di estet-estet HDB.

Kata Cik Fu: "Dengan Makmal Kesihatan Aktif ini, kami ingin membina sistem sokongan menyeluruh di mana rakyat Singapura memikul tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kesihatan secara proaktif, melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan menjadi penguat kuasa sosial yang diperlukan untuk terus kekal aktif dan sihat."

"Apabila anda menyertainya selepas kesihatan asas dinilai, anda boleh memilih pelbagai sukan dan program kegiatan jasmani yang ditawarkan oleh ActiveSG di pusat-pusat sukan kami merata Singapura untuk mencapai matlamat kesihatan anda," katanya.

Para pengguna juga boleh memantau kemajuan mereka melalui aplikasi telefon bijak yang sedang dihasilkan, kata Cik Fu. Ia akan membolehkan mereka untuk berhubungan dengan doktor, keluarga, teman-teman dan para pengguna Makmal Kesihatan Aktif lain untuk memantau kemajuan mereka.

LEBIH BANYAK AKADEMI ACTIVESG

Selain itu, lagi lapan akademi dan kelab ActiveSG akan diperkenalkan - Sukan Air, Sukan Dayung, Tarian Cergas, Gimnastik, Seni Mempertahankan Diri, Tenis Meja, Bola Tampar dan Sukan Belia, menurut Cik Fu.

Buat masa ini, terdapat 10 akademi dan kelab yang sudahpun dimanfaatkan 25,000 peserta sejak dilancarkan pada 2016.  

Sumber : CNA/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan