Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 lelaki ditangkap cuba seludup 4,500 karton rokok ke Singapura

Empat lelaki ditangkap kerana cuba menyeludup lebih daripada 4,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai.

Anggaran Waktu Membaca:
4 lelaki ditangkap cuba seludup 4,500 karton rokok ke Singapura

Pegawai mendapati sesuatu yang mencurigakan dalam imej yang diimbas dan segera memaklumkan Kastam Singapura. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 30 Jan 2018 11:13PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:16PM

SINGAPURA: Empat lelaki ditangkap kerana cuba menyeludup lebih daripada 4,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai.

Menurut kenyataan bersama Kastam Singapura dan kerjasama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), pada 28 Januari, para pegawainya memantau sebuah trak berdaftar di Malaysia yang disyaki mengangkut rokok tidak dibayar cukai dari Malaysia ke Singapura.

Pada sekitar 3.45 pagi, seorang pegawai ICA mengarahkan trak yang dipandu lelaki warga Malaysia itu untuk diperiksa di Pusat pemeriksaan Woodlands.

Pegawai itu perasan sesuatu yang tidak kena dalam imej yang diimbas dan
segera memaklumkan Kastam Singapura, yang kemudian melakukan pemantauan susulan di Tuas View Crescent.

Di lokasi tersebut, para pegawai melihat dua trak berdaftar Singapura yang diletakkan di sebelah trak Malaysia itu. Tiga lelaki dilihat turun dari salah satu trak dan memindahkan muatan dari trak Malaysia ke trak lain. Para pegawai Kastam segera bertindak dan mendapati 4,567 karton dan 80 paket
rokok tanpa cukai di dalam trak-trak tersebut. Ketiga-tiga lelaki, semuanya warga India ditahan manakala pemandu Malaysia ditangkap pada hari yang sama di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Rokok yang tidak dibayar bersama tiga trak yang terbabit dirampas. Nilai cukai dan GST yang cuba dielak masing-masing berjumlah sekitar S$355,020 dan S$26,310.

Siasatan masih dijalankan.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan dan/atau dipenjara sehingga enam tahun. 

Sumber : CNA/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan