Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 lelaki diberkas curi basikal, PMD di Sengkang

Empat lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes curi basikal dan alat mobiliti peribadi (PMD) di Compassvale dan Fernvale. Ini didedahkan polis dalam kenyataan medianya semalam (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
4 lelaki diberkas curi basikal, PMD di Sengkang

Gambar fail tempat meletak basikal di Singapura.

Diterbitkan : 11 Apr 2018 10:04AM Dikemas Kini : 11 Apr 2018 10:06AM

SINGAPURA: Empat lelaki diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes curi basikal dan alat mobiliti peribadi (PMD) di Compassvale dan Fernvale. Ini didedahkan polis dalam kenyataan medianya semalam (10 Apr).

Polis menyatakan bahawa ia menerima aduan pada 29 Mac tentang basikal yang hilang daripada tempat meletak basikal di Fernvale Road.

Para pegawai polis Divisyen Ang Mo Kio mengenal pasti identiti para suspek melalui gambar-gambar daripada kamera polis lalu memberkas mereka semalam (10 Apr).

Tiga basikal, satu e-skuter dan satu alat pemotong dirampas sebagai bukti.

Tiga suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini (11 Apr). Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Polis masih menjalankan siasatan ke atas suspek keempat. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan