Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 kes dalam masyarakat antara 39 kes baru COVID-19 di S'pura

Singapura melaporkan 39 kes baru COVID-19 setakat tengah hari ini (17 Apr), termasuk empat kes dalam kalangan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
4 kes dalam masyarakat antara 39 kes baru COVID-19 di S'pura

(Gambar: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 04:29PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 04:30PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 39 kes baru COVID-19 setakat tengah hari ini (17 Apr), termasuk empat kes dalam kalangan masyarakat.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), berdasarkan siasatannya sejauh ini, tiada kes baru di dormitori pekerja hijrahan.

Baki 35 kes diimport dan sudah diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Mereka termasuk 10 warga Singapura atau penduduk tetap dan lapan pembantu rumah hijrahan.

MOH sedang meneliti perincian kes-kes tersebut dan akan mendedahkannya dalam kemas kini malam ini nanti.

"Kes dalam kalangan masyarakat baru-baru ini adalah peringatan jelas bahawa virus itu belum dihapuskan dan kes serta kelompok baru boleh timbul dengan mudah dalam kalangan anggota masyarakat jika kita tidak terus berjaga-jaga," menurut MOH.

Kementerian itu menggesa semua orang termasuk yang sudah menerima vaksin COVID-19 supaya terus memastikan tanggungjawab sosial dan berdisiplin mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

"Ini lebih penting sedang kita menyambung semula dan menambah lebih banyak kegiatan dalam Fasa 3 pembukaan semula dan terdapat lebih banyak interaksi dalam kalangan masyarakat. Bersama-sama kita harus bekerjasama untuk mengelak sebarang penularan tidak terkawal kes-kes yang mungkin menyebabkan langkah-langkah diperketat."

Singapura melaporkan 60,808 kes COVID-19 setakat hari ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan