Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 individu disiasat bertindak kasar terhadap duta jarak selamat, langgar peraturan COVID-19

Empat individu sedang disiasat atas kejadian tiga insiden berasingan kerana didakwa berkelakuan kasar terhadap para duta jarak selamat dan pegawai penguat kuasa serta melanggar langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
4 individu disiasat bertindak kasar terhadap duta jarak selamat, langgar peraturan COVID-19

Gambar fail: Hanidah Amin

Diterbitkan : 11 Jun 2021 08:21AM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 08:24AM

SINGAPURA: Empat individu sedang disiasat atas kejadian tiga insiden berasingan kerana didakwa berkelakuan kasar terhadap para duta jarak selamat dan pegawai penguat kuasa serta melanggar langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Jumaat (11 Jun).

Dalam satu insiden pada 26 Mei, seorang lelaki 54 tahun didakwa mengejek-ejek seorang duta jarak selamat di Crawford Lane dengan menarik pelitupnya dan mencabar duta itu supaya menangkapnya.

Seorang wanita 25 tahun kemudian menghampiri duta berkenaan dan didakwa menolak bahu beliau dan memijak kakinya. Lelaki dan wanita itu terus melarikan diri.

"Lelaki dan wanita itu sudah dikenal pasti dan mereka sedang membantu siasatan ke atas kekerasan jenayah, mencederakan dengan sengaja dan melanggar langkah-langkah penjarakan selamat," menurut kenyataan polis.

Dalam satu insiden berasingan pada keesokan harinya, polis menangani kes di kolong blok Yishun Street 11 di mana sekumpulan lelaki terlibat dalam satu perbalahan. Setibanya di tempat kejadian, para pegawai mendapati meja di sebelah kumpulan itu berselerak dengan tin-tin arak.

Sedang kumpulan itu disoal siasat oleh para pegawai, salah seorang anggota kumpulan, lelaki 39 tahun, mahu beredar dari situ.

Dia didakwa berkelakuan ganas dan menghambur kata-kata kesat terhadap para pegawai apabila disuruh kekal di situ. Dia kemudian didakwa menumbuk lelaki lain dalam kumpulan itu di depan para pegawai polis apabila individu tersebut cuba menenangkannya.

Lelaki 39 tahun itu ditahan kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai khidmat awam dan mencetus gangguan sedang dalam keadaan mabuk. Lelaki itu, bersama individu lain dalam kumpulan berkenaan juga akan disiasat kerana melanggar langkah-langkah penjarakan selamat, menurut SPF.

Pada Khamis, seorang lelaki di sebuah pusat makanan di Redhill Lane didakwa menghambur kata-kata kesat terhadap seorang pegawai penguat kuasa jarak selamat selepas dia dinasihati agar tidak duduk makan di meja di pusat makanan itu.

Lelaki tersebut enggan mematuhi pegawai polis apabila diarah agar tidak duduk makan di situ dan terus menghambur kata-kata kesat terhadap pegawai penguat kuasa itu.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Jumaat kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai khidmat awam.

Para individu yang didapati bersalah menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai khidmat awam boleh dikenakan denda tidak melebihi S$5,000, hukuman penjara tidak melebihi tempoh 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan sengaja boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Individu yang didapati bersalah menyebabkan gangguan ketika dalam keadaan mabuk pula boleh dikenakan denda sehingga S$1,000, hukuman penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan