Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 hotel didapati kongsi maklumat komersial sensitif, sulit

Empat hotel didapati bertukar-tukar maklumat komersial sensitif dan sulit, menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS).

Anggaran Waktu Membaca:
4 hotel didapati kongsi maklumat komersial sensitif, sulit

Gambar fail Hotel Crowne Plaza. (Gambar: Facebook/Crowne Plaza Hotels & Resorts)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 10:49PM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 10:53PM

SINGAPURA: Empat hotel didapati bertukar-tukar maklumat komersial sensitif dan sulit, menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS).

Untuk itu, CCCS mengeluarkan Keputusan Pelanggaran Diusulkan (PID) terhadap para pemilik dan pengendali Capri by Fraser, Village Hotel Changi dan Village Hotel Katong, serta Crowne Plaza.

Badan pemantau itu menyatakan bahawa antara 2014 dengan 2015, para kakitangan penjualan hotel-hotel itu berkongsi maklumat sulit tentang harga bidaan dan permintaan pengurangan harga oleh pelanggan korporat.

Di samping itu, mereka juga berkongsi respons pihak hotel kepada pelanggan korporat mereka. Pihak berkuasa menyatakan ini mengurangkan tekanan persaingan harga yang ditawarkan hotel-hotel tersebut.

Hotel-hotel tersebut mempunyai enam minggu untuk memberikan keterangan kepada CCCS, yang kemudian akan membuat keputusan.

Inter-Continental Hotels yang menguruskan Crowne Plaza enggan mengulas lanjut. Far East Hospitality Trust dan Frasers Hospitality, pengendali-pengendali Village Hotels dan Capri by Fraser juga belum memberikan sebarang komen.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan