Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 ditahan, lebih 9,000 botol arak tidak dibayar cukai disita

Empat lelaki ditahan setelah lebih 9,000 botol arak yang tidak dibayar cukai dirampas di sebuah bangunan perusahaan di Woodlands Close, menurut Kastam Singapura pada Selasa (23 Apr). 

Anggaran Waktu Membaca:
4 ditahan, lebih 9,000 botol arak tidak dibayar cukai disita

Antara botol arak tidak dibayar cukai. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 10:11PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 10:14PM

SINGAPURA: Empat lelaki ditahan setelah lebih 9,000 botol arak yang tidak dibayar cukai dirampas di sebuah bangunan perusahaan di Woodlands Close, menurut Kastam Singapura pada Selasa (23 Apr).

Semasa satu serbuan pada Khamis, para pegawai kastam menemui empat lelaki yang sedang mengeluarkan lebih 630 kotak yang mengandungi botol-botol arak yang tidak dibayar cukai.

Menurut agensi penguatkuasaan itu, kotak-kotak tersebut dilabel sebagai kicap.

"Kastam Singapura menjalankan satu operasi di sebuah unit bangunan perusahaan di Woodlands Close. Para pegawai memeriksa unit itu kerana mengesyaki ada kiriman muatan arak yang tidak dibayar cukai," tambahnya.

Para pegawai merampas 9,188 botol arak yang tidak dibayar cukai dan siasatan mendedahkan bahawa botol-botol itu diseludup ke Singapura dari China.

Jumlah keseluruhan cukai dan GST yang dielakkan masing-masing sekitar S$S$186,480 dan S$17,830. Prosedur mahkamah terhadap salah seorang lelaki itu sedang dijalankan manakala siasatan masih dilakukan terhadap tiga lagi lelaki berkenaan.

Mereka yang didapati bersalah membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki barangan yang tidak dibayar cukai boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang cuba dielak, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali. Kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut juga mungkin dirampas. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan