Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 diberkas, dadah lebih S$28,000 dirampas CNB

Empat suspek pesalah dadah ditangkap dan dadah dianggarkan bernilai lebih S$28,000 dirampas dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
4 diberkas, dadah lebih S$28,000 dirampas CNB

Dadah dan wang yang dirampas. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 24 May 2018 10:42PM Dikemas Kini : 24 May 2018 10:45PM

SINGAPURA: Empat suspek pesalah dadah ditangkap dan dadah dianggarkan bernilai lebih S$28,000 dirampas dalam satu operasi Biro Narkotik Pusat (CNB).

Demikian menurut CNB dalam satu kenyataan media hari ini (24 Mei).

Salah seorang suspek, wanita berusia 36 tahun, diberkas di Jurong Gateway Road lewat petang semalam (23 Mei). Para pegawai menemui 935g ganja, 118g 'Ice', 8g ketamine, 1,000 pil Erimin-5 dan 125 pil Ecstasy selepas memeriksa kenderaan yang dipandunya.

Seorang lelaki warga Malaysia, 30 tahun yang dilihat bersama wanita tersebut sebelum itu, ditangkap oleh sekumpulan pegawai yang lain di tempat kerjanya di kawasan yang sama. Para pegawai menemui S$2,150 selepas memeriksa suspek.

Siasatan susulan membawa kepada penangkapan seorang wanita rakyat Singapura, 35 tahun di sebuah unit di Bedok North Street 1. CNB menyatakan bahawa beberapa dadah yang dimiliki suspek wanita pertama, dipercayai adalah untuk kegunaan wanita tersebut.

Seorang lelaki rakyat Singapura, 42 tahun juga ditangkap di kediaman suspek wanita pertama yang berusia 36 tahun di Chai Chee Avenue. Sejumlah kecil dadah Ice ditemui di unit tersebut.

CNB menyatakan bahawa siasatan ke atas kegiatan dadah para suspek sedang dijalankan.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, mereka yang disabit kesalahan mengedar lebih 500g ganja boleh menghadapi hukuman mati. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan