Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 diberkas, 2 dibawa ke hospital angkara bergaduh di Chinatown

Empat orang diberkas selepas satu pergaduhan berlaku di Chinatown pada Selasa (20 Apr) malam.

Anggaran Waktu Membaca:
4 diberkas, 2 dibawa ke hospital angkara bergaduh di Chinatown
Diterbitkan : 21 Apr 2021 07:53PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 07:57PM

SINGAPURA: Empat orang diberkas selepas satu pergaduhan berlaku di Chinatown pada Selasa (20 Apr) malam.

Polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kejadian di Keong Saik Road itu pada sekitar pukul 11.50 malam.

Dua lelaki berusia 33 dan 39 tahun, ditangkap kerana bergaduh manakala dua wanita, berusia 28 dan 36 tahun, ditahan kerana terlibat dalam kes gangguan ke atas orang awam.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan pada sekitar pukul 11.55 malam. Dua orang dibawa ke Hospital Besar Singapura.

Rakaman kejadian itu menunjukkan lima orang bergaduh di tengah jalan sementara disaksikan beberapa lagi orang di situ.

Kedengaran juga kata-kata kesat yang dikeluarkan.

Empat kenderaan polis tiba tidak lama kemudian dan mereka dilihat bercakap dengan individu-individu di tempat kejadian.

Paramedik SCDF juga dilihat sedang memberi bantuan kepada seorang lelaki berdekatan pintu masuk tempat letak kenderaan Oriental Plaza.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan