Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 cedera selepas kereta naiki laluan jalan kaki di Pusat Kewangan Marina Bay

Seramai empat orang dibawa ke hospital setelah sebuah kereta menaiki laluan pejalan kaki di Pusat Kewangan Marina Bay pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
4 cedera selepas kereta naiki laluan jalan kaki di Pusat Kewangan Marina Bay

(Gambar: TODAY/ ihsan Ben Lee)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 10:40PM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 10:57PM

SINGAPURA: Seramai empat orang dibawa ke hospital setelah sebuah kereta menaiki laluan pejalan kaki di Pusat Kewangan Marina Bay pada Isnin (15 Apr).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut pada sekitar 6.10 petang, di persimpangan Central Boulevard dan Marina Way.

Seramai empat orang dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), tambahnya.

Pengguna Facebook, Wongnu Njie Chingu, berkongsi gambar-gambar kemalangan itu. Beliau berkata sebuah kereta Mitsubishi Lancer melanggar dan menyebabkan sebatang tonggak jalan tumbang dan "merempuh sekumpulan pejalan kaki" di luar Menara 3 Pusat Kewangan Marina.

Sebuah video di laman Facebook 'Connextaxi' menunjukkan orang ramai mengerumuni sebuah kereta merah. Tonggak besi yang rosak itu kelihatan berdekatan.

TODAY melaporkan, sehubungan kejadian itu pihak polis menahan pemandu kereta yang terlibat.

Menurut pihak polis, empat mangsa yang tercedera merupakan seorang penumpang laki-laki dan tiga pejalan kaki wanita yang berusia antara 35 hingga 46 tahun. Mereka dibawa ke SGH dalam keadaan sedar.

Pemandu tersebut, seorang lelaki berusia 25 tahun, ditahan atas kesalahan menyebabkan kecederaan akibat cuai. Menurut pihak polis, yang dimaklumkan tentang kemalangan itu pada 6.08 petang, siasatan sedang dijalankan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan