Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 anggota sindiket ditangkap kerana mencuri di merata S'pura

Empat anggota sindiket jenayah asing ditangkap atas tuduhan mencuri lebih daripada 800 barang dari kedai-kedai merata negara, menurut pihak polis pada Isnin (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2018 05:32PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 10:21PM

SINGAPURA: Empat anggota sindiket jenayah asing ditangkap atas tuduhan mencuri lebih daripada 800 barang dari kedai-kedai merata negara, menurut pihak polis pada Isnin (17 Sep).

Dua lelaki dan dua wanita terlibat, dalam lingkungan usia 26 hingga 31 tahun, ditangkap pada Ahad dekat Chin Swee Road.

Menurut polis lagi, barang-barang yang didakwa dicuri dan kemudian ditemui termasuk baju dalam dan pakaian dari kedai Uniqlo, dianggarkan bernilai S$26,000.

Penangkapan dibuat sehari selepas pihak polis dimaklumkan oleh seorang pengurus kedai pada Sabtu bahawa terdapat kecurian di sebuah kedai runcit di Pasir Ris Close.

Keempat-empat yang ditahan akan didakwa di mahkamah pada esok (18 Sep) atas pertuduhan mencuri. Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.

Pihak polis menegaskan ia tiada toleransi terhadap sindiket-sindiket jenayah asing yang cuba beroperasi di Singapura. Mereka yang didapati bersalah melakukan demikian akan dikenakan tindakan tegas undang-undang.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan