Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,300 flat baru dilancarkan, urus niaga jualan semula meningkat 33% pada suku kedua

Sekitar 4,300 unit flat baru di Punggol dan Yishun akan dijual bermula bulan depan, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdasarkan data perumahan awam bagi suku kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jul 2018 09:47AM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 10:08PM

SINGAPURA: Sekitar 4,300 unit flat baru di Punggol dan Yishun akan dijual bermula bulan depan, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdasarkan data perumahan awam bagi suku kedua tahun ini.

Selain pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO), Tawaran Semula Flat Baki (ROF) akan dijalankan serentak, menurut kenyataan HDB pada Jumaat (27 Jul).

Harga flat jualan semula naik sedikit 0.1 peratus pada suku kedua tahun ini, sementara jumlah urus niaga melonjak 33 peratus, menurut HDB. Sebanyak 5,941 urus niaga jualan semula dicatatkan pada suku tersebut, berbanding 4,458 pada suku pertama.

Secara keseluruhannya 11,373 flat baru ditawarkan untuk dijual pada separuh pertama tahun ini, yang terdiri daripada 7,634 flat BTO dan 3,739 flat baki.

Awal bulan ini HDB mendedahkan bahawa pihaknya akan melancarkan 16,000 flat baru untuk dijual tahun ini, lebih rendah berbanding 17,000 flat yang diramalkan sebelum ini. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan