Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4,000 karton rokok haram dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Sejumlah 4,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Khamis (16 Ogos), menurut pihak berkuasa pada Selasa (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
4,000 karton rokok haram dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Lori yang digunakan untuk menghantar rokok haram. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 03:31PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 03:39PM

SINGAPURA: Sejumlah 4,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas oleh para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Khamis (16 Ogos), menurut pihak berkuasa pada Selasa (21 Ogos).

Menurut catatan di laman Facebooknya, ICA menyatakan bahawa para pegawai mengesan "keganjilan pada imej-imej imbasan" sebuah lori berdaftar di Malaysia yang memasuki Singapura.

Lori berkenaan dipandu oleh seorang lelaki warga Malaysia, berusia 47 tahun.

Selepas menjalankan pemeriksaan, para pegawai menemui berkarton-karton rokok yang disembunyikan di dalam konsainan yang diisytiharkan sebagai alat-alat hawa dingin, menurut pihak berkuasa.

Kes itu sudahpun diserahkan kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut.

"Cara ia disembunyikan adalah sesuatu yang menimbulkan keprihatinan kerana kaedah serupa mungkin digunakan oleh para individu yang merancang untuk menyeludup barang-barang yang boleh mengancam keselamatan Singapura," tambah ICA.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan