Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3SG Liaw Yi Kang dipuji bantu wanita dapatkan semula S$5,600

Seorang wanita yang tertinggal beg duitnya dengan wang tunai sebanyak S$5,600 dalam kereta sewa Grab mendapat semula wang itu berkat kejujuran seorang sarjan tentera yang menaiki kereta yang sama selepas beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
3SG Liaw Yi Kang dipuji bantu wanita dapatkan semula S$5,600

Gambar: Singapore Army/Facebook

Diterbitkan : 13 Apr 2018 08:41AM Dikemas Kini : 13 Apr 2018 08:44AM

SINGAPURA: Seorang wanita yang tertinggal beg duitnya dengan wang tunai sebanyak S$5,600 dalam kereta sewa Grab mendapat semula wang itu berkat kejujuran seorang sarjan tentera yang menaiki kereta yang sama selepas beliau.

Beliau berjaya menghubungi suami wanita itu selepas terjumpa resit dengan nama dan nombor telefon bimbitnya dalam beg tersebut.

Insiden berkenaan berlaku pada 28 Mac lalu, menurut Encik Amin, suami kepada wanita itu dalam catatan Facebooknya.

“Pada tengah malam, seorang lelaki yang bernama Encik Yi Kang menghubungi saya,” demikian menurut Encik Amin dalam catatannya pada 29 Mac. “Beliau mengatakan bahawa beliau menjumpai beg itu dalam kereta sewa Grab yang dinaiki Mimie. Hari ini, saya bertemu dengannya, mengucapkan terima kasih dan menawarkan $100 atas kejujurannya. Namun, beliau menolak.”

‘Encik Yi Kang’ dikenal pasti pada Rabu lalu (11 Apr) sebagai 3SG Liaw Yi Kang yang dipuji oleh Angkatan Bersenjata Singapura atas usahanya itu melalui satu catatan Facebook. Netizens juga turut memuji beliau.

“Tindakannya mengundang pujian online dan SAF juga memuji 3SG (NS) Liaw atas kejujuran beliau yang menjadi contoh nilai etika Angkatan Bersenjata Singapura,” demikian catatan Facebook SAF. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan