Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

36 kedai F&B diarah tutup; lesen 3 pusat hiburan malam ditarik balik kerana langgar peraturan COVID-19

Cawangan Kopitiam di Tampines Mall dan cawangan Toast Box di City Square Mall adalah antara 36 kedai makanan dan minuman (F&B) yang diarah tutup kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 sejak pertengahan September.

Anggaran Waktu Membaca:
36 kedai F&B diarah tutup; lesen 3 pusat hiburan malam ditarik balik kerana langgar peraturan COVID-19

(Gambar: STB)

Diterbitkan : 08 Oct 2021 01:38PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 01:39PM

SINGAPURA: Cawangan Kopitiam di Tampines Mall dan cawangan Toast Box di City Square Mall adalah antara 36 kedai makanan dan minuman (F&B) yang diarah tutup kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 sejak pertengahan September.

Lesen makanan bagi tiga pusat hiburan malam juga dibatalkan buat selama-lamanya, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (8 Okt). Lagi 21 cawangan F&B turut didenda kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

Kesemua 36 kedai itu diarah tutup kerana melanggar peraturan seperti membenarkan pelanggan bermain permainan kad di premis masing-masing, gagal memastikan mereka mematuhi saiz kumpulan yang dibenarkan dan gagal menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter antara setiap kumpulan.

Turut dimasukkan ke dalam senarai itu adalah cawangan Malaysia Boleh di AMK Hub, Killiney Kopitiam di Lucky Plaza dan Pizzamaru di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Pusat-pusat hiburan malam yang dibatalkan lesen mereka buat selama-lamanya didapati membenarkan pelanggan duduk makan di kedai masing-masing meskipun tidak dibenarkan untuk beroperasi semula, menurut MSE.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan