Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

36 ditahan dalam operasi polis di pusat hiburan

Seramai 36 orang diberkas menyusuli satu operasi penguatkuasaan selama sebulan di pusat-pusat hiburan awam oleh pelbagai agensi keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
36 ditahan dalam operasi polis di pusat hiburan

Gambar: SPF

Diterbitkan : 09 May 2018 11:25PM Dikemas Kini : 09 May 2018 11:32PM

SINGAPURA: Seramai 36 orang diberkas menyusuli satu operasi penguatkuasaan selama sebulan di pusat-pusat hiburan awam oleh pelbagai agensi keselamatan.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (9 Mei).

36 lelaki dan wanita itu berusia antara 21 dan 31 tahun. Mereka diberkas bagi kesalahan di bawah Akta Pengambilan Pekerja Asing, Akta Penyalahgunaan Dadah, Akta Persatuan dan Akta Kawalan Arak, tambah kenyataan polis itu.

Kesemuanya, 427 orang berusia antara 21 dan 65 tahun diperiksa dalam operasi bersama oleh Divisyen Polis Pusat, Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Narkotik Pusat.

Polis menyatakan 18 pusat hiburan awam didapati melanggar syarat-syarat pelesenan dan tindakan akan diambil ke atas pemegang lesen.

Siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan