Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

350 bas, 700 pemandu dikerah bagi penutupan sepanjang hari NSEWL

Lebih 700 pemandu bas dikerah pada hari pertama penutupan sepanjang sehari di 19 stesen di sepanjang Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat hari ini (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
350 bas, 700 pemandu dikerah bagi penutupan sepanjang hari NSEWL

Kakitangan SMRT dan kontraktor menjalankan kerja-kerja mengganti landasan kereta api. (Gambar: Elizabeth Neo)

Diterbitkan : 10 Dec 2017 02:48PM Dikemas Kini : 10 Dec 2017 02:53PM

SINGAPURA: Lebih 700 pemandu bas dikerah pada hari pertama penutupan sepanjang sehari di 19 stesen di sepanjang Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat hari ini (10 Dis).

Pemandu bas berkenaan diperlukan untuk memandu sekitar 350 bas ulang alik yang beroperasi di empat laluan mengikut laluan MRT. Selain itu, 400 pengawas juga dikerah untuk mengarah para pengguna. Mereka akan bekerja sepanjang hari di stesen-stesen yang terjejas secara bergilir-gilir. Operasi berkenaan disokong TransCom dan pihak polis.

Pengarah sokongan operasi dan pengurusan sumber bagi bas di SMRT, Vincent Gay berkata dalam satu taklimat media hari ini bahawa usaha tersebut disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan juga pengendali bas termasuk SBS Transit dan Tower Transit.

Beliau turut maklum tentang maklum balas para pengguna mengenai jarak yang jauh untuk berjalan kaki ke tempat menaiki bas.

Encik Gary juga menasihati para pengguna untuk merancang perjalanan mereka memandangkan rangkaian bas memang tidak boleh menggantikan kereta api dari segi kelajuan.

Penutupan sepanjang sehari di 19 stesen MRT hari ini dan penutupan lebih awal di beberapa stesen sepanjang dua hari kebelakangan ini dilakukan demi meluangkan lebih banyak masa bagi para jurutera menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan yang dirancang.

Satu lagi penutupan sepanjang sehari dijadualkan pada 17 Disember.

TIGA KUMPULAN UTAMA

Kerja-kerja penyenggaraan dan pembaharuan dijalankan oleh tiga kumpulan utama. Ia merangkumi kumpulan Pembinaan dan Kemudahan yang bertanggungjawab atas perkara seperti pengalihan udara, pintu platform dan tangga bergerak, kumpulan Isyarat dan Penerangan yang mengendali peralatan isyarat di rangkaian tersebut dan Pasukan Laluan Tetap yang menguruskan landasan.

Terdapat 40 pasukan di bawah ketiga-tiga kumpulan itu dengan dua ataupun empat orang dalam setiap pasukan. Mereka dikerah di merata 19 stesen berkenaan.

SMRT menyatakan bahawa ia akan menggantikan sekitar 1,300 litar landasan di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat yang terdapat. Felo utama bagi pengisyaratan dan penerangan kereta api SMRT, Keith Lim, berkata bahawa terdapat dua pasukan buat masa ini yang sedang berusaha untuk menggantikan litar landasan dalam tempoh lima setengah jam yang diberi semasa penutupan itu.

Selalunya, ia mengambil dua hingga tiga malam semasa tempoh penyenggaraan biasa untuk menggantikan hanya satu litar landasan. Beliau menambah bahawa 40 litar landasan sudahpun diganti.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan