Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

35,000 kubur Islam terjejas dengan penggalian semula Tanah Perkuburan Choa Chu Kang

35,000 kubur orang-orang Islam di Pusara Abadi akan terjejas dengan proses penggalian semula dan pengambilan tapak tanah bagi projek perluasan Pangkalan Udara Tengah, di bahagian barat laut Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jul 2017 07:57PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 08:43PM

SINGAPURA: 35,000 kubur orang-orang Islam di Pusara Abadi akan terjejas dengan proses penggalian semula dan pengambilan tapak tanah bagi projek perluasan Pangkalan Udara Tengah, di bahagian barat laut Singapura.

45,500 kubur Cina juga akan terjejas dalam proses itu, menjadikan kesemuanya 80,500 kubur terjejas di Choa Chu Kang.

Ini diumumkan secara bersama dalam satu kenyataan media hari ini (18 Jul) oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasan Tanah Singapura (SLA).

MULAI SEPTEMBER INI, 5,000 KUBUR ISLAM BOLEH DITUNTUT

Mulai September ini, sebanyak 5,000 kubur orang Islam di Pusara Abadi, dan 45,000 kubur orang Cina, akan menjalani mendaftaran untuk dituntut.

Proses tuntutan dan pendaftaran itu melibatkan plot-plot kubur Pusara Abadi bagi Blok 19 dan Blok 20.

Kesemua kubur itu sudah memenuhi tempoh pengebumian selama 15 tahun.

Notis bagi penggalian lagi 30,000 kubur orang Islam akan keluarkan kemudian, setelah kubur-kubur itu juga mencapai tempoh pengebumian 15 tahun.

(Gambar kawasan kubur Islam yang terjejas bewarna hijau dan kuning Gambar: NEA) 

30,000 kubur itu terletak di blok-blok berikut:

Blok 15
Blok 21
Blok 22
Blok 25
Blok 26
Blok N-1-1
Blok N-1-2
Blok N-1-3
Blok N-1-4 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan