Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

330 pusat jagaan kanak-kanak akan naikkan yuran penjagaan sepenuh hari pada 2020

Sekitar 330 pusat jagaan kanak-kanak akan menaikkan yuran bagi khidmat penjagaan sepenuh hari bagi warga Singapura tahun depan, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Sep 2019 08:32AM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 09:06PM

SINGAPURA: Sekitar 330 pusat jagaan kanak-kanak akan menaikkan yuran bagi khidmat penjagaan sepenuh hari bagi warga Singapura tahun depan, menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).

Menjawab pertanyaan media, ECDA menjelaskan ia membentuk sekitar seperlima jumlah keseluruhan pusat tajaka di sini.

Kenaikan median adalah "dalam lingkungan lima peratus harga yuran" dan "hampir setara" berbanding tahun-tahun sebelumnya, tambah ECDA.

Kesemua prasekolah diwajibkan memaklumkan para ibu bapa dan ECDA tentang sebarang kenaikan yuran selewat-lewatnya 1 September pada tahun sebelumnya agar para ibu bapa mempunyai maklumat yang cukup sebelum memilih prasekolah untuk anak-anak mereka.

Di Parlimen awal bulan ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee ditanya bagaimana kementeriannya bercadang menguruskan kenaikan yuran oleh para pengendali prasekolah setelah subsidi baru diumumkan.

Subsidi tersebut, yang diumumkan pada 28 Ogos, menawarkan lebih banyak sokongan bagi para ibu bapa meliputi semua peringkat pendapatan yang layak.

Dalam jawapannya Encik Lee berkata kesemua prasekolah di bawah Skim Pengendali Utama atau Rakan Kongsi - yang membentuk sekitar separuh tempat prasekolah - diwajibkan mematuhi had yuran yang ditetapkan ECDA dan "memastikan sebarang kenaikan yuran adalah sederhana".

Beliau menambah, pengendali privet dan bukan-meraih keuntungan tidak dikenakan had yuran dan diberikan kebebasan untuk menentukan yuran mereka.

"Secara amnya, kebanyakan prasekolah cuba memastikan kenaikan yuran tidak berlebihan agar ia kekal berdaya saing dan menarik bagi ibu bapa," kata Encik Lee.

Selain itu, Pemerintah juga sedang meneliti untuk merurunkan had yuran bagi prasekolah yang disokong pemerintah, kata Encik Lee.

"BIAYA KOS OPERASI MENINGKAT"

Dalam kalangan beberapa tajaka yang dihubungi Mediacorp, My First School dan Star Learners menyatakan mereka akan menaikkan yuran sekolah bagi tajaka tertentu sebagai mengikut piawaian.

Ini bermakna, tajaka-tajaka My First Skool yang mengenakan yuran di bawah had yuran S$720 bagi khidmat jagaan sepenuh hari di bawah Skim Pengendali Utama akan disesuaikan untuk menepati had tersebut.

Pihaknya menambah, keluarga berpendapatan rendah boleh menerima sokongan kewangan tambahan daripada sekolah itu menerusi Dana Bright Horizons.

My First Skool mengendalikan lebih 140 pusat tajaka di merata Singapura.

Star Learners - yang mempunyai 35 daripada 41 tajaka di bawah Skim Pengendali Rakan Kongsi (POP) - menyatakan ia sudah memaklumkan tentang kenaikan yurannya untuk tahun depan kepada para ibu bapa terpilih pada 1 Sep.

"Kenaikan yuran baru-baru ini, antara S$20 hingga $90 sebulan, tidak dikenakan ke atas semua kanak-kanak Star Learners. Ia hanya dikenakan di pusat-pusat Star Learners yang menawarkan yuran bulanan di bawah kadar yang diterbitkan Star Learners," menurut pusat itu.

Kenaikan yuran itu menjejas sekitar 4 peratus daripada 3,000 kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Star Learners menjelaskan ia mengkaji semula yuran sekolah setiap tahun untuk "membiayai kenaikan kos operasi" dan untuk "terus menawarkan penjagaan dan pendidikan bermutu untuk kanak-kanak."

Dua lagi pengendali utama - E-Bridge Pre-school dan Skool4Kidz - menyatakan mereka tidak akan menaikkan yuran mereka dalam satu tahun mendatang ini.

Menurut seorang jurucakap E-Bridge - yang mengendalikan 17 pusat - yurannya sebanyak S$720 adalah setara dengan had yuran bagi pengendali utama. Sebarang kenaikan kos akan dibiayai E-Bridge.

Mediacorp turut menghubungi Yayasan Masyarakat PAP untuk bertanya sama ada ia akan menaikkan yuran prasekolah, namun tidak mendapat jawapan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan