Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 pekerja asing didenda memiliki rokok haram ekoran serbuan di Punggol

Seramai 32 pekerja asing didapati memiliki rokok haram menyusuli satu serbuan di bilik asrama pekerja asing di Punggol pada malam Selasa lalu (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
32 pekerja asing didenda memiliki rokok haram ekoran serbuan di Punggol
Diterbitkan : 26 May 2018 05:33PM Dikemas Kini : 26 May 2018 05:37PM

SINGAPURA: Seramai 32 pekerja asing didapati memiliki rokok haram menyusuli satu serbuan di bilik asrama pekerja asing di Punggol pada malam Selasa lalu (22 Mei).

Kastam Singapura menyatakan dalam satu catatan Facebook semalam (25 Mei) bahawa sekitar 400 pekerja asing diperiksa dalam operasi bersama dengan pihak polis. 32 pekerja yang ditangkap itu dikenakan denda, tambah Kastam Singapura.

Menurut Kastam Singapura lagi, denda bagi pesalah kali pertama yang memiliki sehingga sepaket rokok haram ialah S$500.

Denda yang lebih berat akan dikenakan jika pesalah didapati memiliki lebih sepaket rokok haram dan/atau mereka merupakan pesalah berulang. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan