Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

32 alat vape, 635 kartrij dirampas dari kereta, lokar POPStation SingPost

Sebanyak 32 alat vape dan 635 kartrij cecair dirampas dari seorang lelaki rakyat Singapura berusia 27 tahun, menurut pihak berkuasa pada Khamis (11 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:
32 alat vape, 635 kartrij dirampas dari kereta, lokar POPStation SingPost

Alat vape dan kartrij cecair yang dirampas dari kereta suspek. (Gambar: HSA)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 01:29PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 01:32PM

SINGAPURA: Sebanyak 32 alat vape dan 635 kartrij cecair dirampas dari seorang lelaki rakyat Singapura berusia 27 tahun, menurut pihak berkuasa pada Khamis (11 Julai).

Enam alat vape dan 223 kartrij ditemui disembunyikan di kompartmen gear keretanya yang berdaftar di Singapura setelah ia tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands Jumaat lalu, menurut kenyataan media yang dikeluarkan bersama oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Lelaki itu, yang disyaki dalam keadaan mabuk akibat menghisap dadah, dirujukkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) dan HSA untuk disoal siasat.

Pihak berkuasa menyatakan suspek menyembunyikan 26 lagi alat vape dan 412 kartrij cecair dalam sebuah lokar POPStation SingPost.

Menurut kenyataan media, lelaki itu sedang membantu HSA dan CNB menjalankan siasatan. Jika sabit kesalahan dia boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"HSA memandang serius terhadap penyeludupan dan penjualan alat vape dan akan terus mencegah kegiatan sedemikian," menurut kenyataan tersebut.

"Sempadan kita adalah barisan pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan Singapura. ICA akan terus menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap para penumpang, kargo dan kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan untuk mematahkan percubaan menyeludup dan memerdagangkan manusia, dadah, senjata, bahan letupan dan barang-barang terlarang lain yang merentasi sempadan kita.

Cara-cara menyembunyikan bahan terlarang yang digunakan para penyeludup boleh ditiru oleh para pengganas untuk menyeludup senjata api dan bahan letupan bagi tujuan melakukan serangan di Singapura."

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan