Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

307 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 dalam masyarakat

Sebanyak 307 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (1 Ogos), termasuk satu jangkitan dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Anggaran Waktu Membaca:
307 kes baru COVID-19 di S'pura, termasuk 1 dalam masyarakat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 04:06PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 04:10PM

SINGAPURA: Sebanyak 307 kes baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari Sabtu (1 Ogos), termasuk satu jangkitan dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Ini menjadikan jumlah kes di negara ini sebanyak 52,512.

Satu-satunya jangkitan dalam masyarakat melibatkan seorang warga Singapura, menurut MOH.

Terdapat juga lima import yang dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di Singapura.

Sebilangan besar kes baru adalah pemegang permit kerja yang tinggal di dormitori pekerja asing.

Maklumat lebih lanjut mengenai kes-kes tersebut akan diberikan lewat hari ini, tambah kementerian itu.

Singapura kini berada dalam Fasa 2 pembukaan semula setelah tempoh "pemutus jangkitan" selama hampir dua bulan yang bertujuan mengekang penularan COVID-19.

Sejak bermulanya Fasa 2, kebanyakan kegiatan sudah disambung semula, dengan langkah jarak selamat dilaksanakan dengan ketat.

Pada Khamis, MOH mengumumkan pelonggaran lanjut sekatan ke atas jumlah orang yang dibenarkan bagi dua acara keramaian penting - iaitu perkahwinan dan pengebumian.

Pihak berkuasa menyatakan pasukan bertindak berbilang kementerian akur akan perlunya "kegiatan dan peristiwa penting kehidupan diteruskan" semasa pandemik COVID-19 dan langkah itu adalah sebahagian daripada "aktiviti yang disambung semula secara berhati-hati dalam Fasa 2".

Sejak awal Fasa 2, sehingga 20 orang dibenarkan menghadiri sesebuah majlis pernikahan.

Mulai 4 Ogos, sehingga 50 orang akan dibenarkan menghadiri majlis pernikahan. Ini termasuk pasangan mempelai, namun tidak termasuk kadi dan vendor.

Di upacara pengebumian, sehingga 30 dibenarkan hadir mulai 4 Ogos untuk memberi penghormatan terakhir.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan