Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

30 pekerja Deliveroo hantar juadah buka puasa kepada 1,600 pekerja hijrahan

Syarikat penghantaran makanan Deliveroo melancarkan inisiatif untuk menghantar juadah berbuka puasa kepada para pekerja hijrahan di lima dormitori sepanjang bulan Ramadan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat penghantaran makanan Deliveroo melancarkan inisiatif untuk menghantar juadah berbuka puasa kepada para pekerja hijrahan di lima dormitori sepanjang bulan Ramadan ini.

Dijalankan pada setiap hari Jumaat, sejumlah 1,600 set makanan akan diagihkan kepada para pekerja hijrahan melalui usaha bersama lebih 30 pekerja penghantaran makanan Deliveroo.

Inisiatif itu yang dinamakan Heroes to Heroes hasil kerjasama Pusat Pekerja Hijrahan dengan Deliveroo Singapura.

TERHUTANG BUDI SUMBANGAN PEKERJA HIJRAHAN

Usaha menghantar juadah berbuka puasa setiap minggu itu dijalankan di tengah-tengah kes-kes positif yang dikesan dalam golongan pekerja hijrahan di dormitori sejak beberapa minggu lepas.

Namun, ia bukan menjadi penghalang untuk kumpulan penghantar makanan itu untuk meneruskan inisiatif tersebut.

Salah satu sukarelawannya, Cik Noryatti Sharil, 42 tahun berkata: Saya tetap ingin berusaha untuk memberikan tanda terima kasih kepada golongan pekerja hijrahan yang merupakan ahli penting dalam masyarakat kita kerana mereka telah menyumbang daya tenaga mereka dari segi pembangunan negara kita sendiri."

Menerusi inisiatif tersebut juga, Cik Noryatti terasa bahawa dirinya dapat memainkan peranan untuk menjaga kemaslahatan para pekerja hijrahan.

Cik Noryatti memberitahu BERITAmediacorp: "Kempen Heroes to Heroes ini memberi saya satu kesan yang amat besar sekali. Saya amat berbesar hati dapat menghantar makanan kepada mereka."

"Di sebalik pelitup mereka, saya pasti mereka gembira sekali dan inisiatif ini memberi mereka petunjuk bahawa mereka tidak terasa tersisih dan keseorangan."

KONGSI KECERIAAN SEMPENA BULAN RAMADAN

Pengurus Besar syarikat Deliveroo, Sarah Tan berkata, "Syarikat Deliveroo sentiasa mencari wadah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Pekerja hijrahan memainkan peranan penting dalam masyarakat kita."

"Makanan yang menjadi tunggak syarikat kita, dan dengan pandemik COVID-19 yang telah melanda sejak lebih setahun lalu, kita berharap bahawa para penghantar makanan kita sendiri dapat berkongsi keriangan bersama mereka," tambahnya.

Pengarah Pusat Pekerja Hijrahan, Bernard Menon pula berasa amat gembira dengan usaha syarikat Deliveroo untuk menghulurkan tenaga mereka menerusi usaha Heroes to Heroes itu.

"Pandemik COVID-19 telah menjejas ramai di antara kami dan lebih-lebih lagi golongan pekerja hijrahan. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Deliveroo bagi berkongsi keceriaan kepada para pekerja hijrahan kami dan menunjukkan rasa penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada pembangunan negara," ujar Encik Menon. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan