Images
  • singpost upcycling proj
    (Gambar: Facebook/SingPost)

30,000 seragam lama posmen dikitar semula jadi produk gaya hidup demi amal

SINGAPURA: Satu inisiatif untuk mengiktiraf khidmat penting dijalankan pekerja pos di tengah-tengah COVID-19 dilancarkan.

Lebih 30,000 seragam lama posmen akan dikitar semula di bawah usaha bersama SingPost dan CDC Barat Laut.

Hampir 140 orang terlibat dalam projek itu yang menyaksikan kerjasama tiga perusahaan sosial tempatan.

Inisiatif itu memberi warga emas dan pengasuh di rumah sumber pendapatan sedang ramai daripada mereka hilang pekerjaan semasa pandemik.

Seragam lama itu dibersihkan sebelum ditukar menjadi 12 produk gaya hidup seperti beg, alas bantal dan tikar.

Orang ramai boleh mendapatkannya secara online dan di pejabat pos tertentu dengan kesemua hasil penjualan akan didermakan.

- CNA/RU/tq

Top