Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 syarikat menang tender tapak pertanian bandar atas bumbung tempat letak kereta HDB

 Tiga syarikat memenangi hak menyewa tujuh tapak baru pertanian bandar yang terletak di bumbung-bumbung tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merata Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
3 syarikat menang tender tapak pertanian bandar atas bumbung tempat letak kereta HDB

Gambar fail: istock

Diterbitkan : 24 Sep 2021 05:36PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 05:39PM

SINGAPURA: Tiga syarikat memenangi hak menyewa tujuh tapak baru pertanian bandar yang terletak di bumbung-bumbung tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merata Singapura.

Tapak-tapak baru itu terdiri daripada sebidang tanah di Jurong West dan tiga kelompok tapak, yang menempatkan dua bidang tanah, masing-masing di Bukit Panjang, Sembawang dan Woodlands, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dan HDB hari ini (24 Sep).

Secara keseluruhannya, tapak-tapak tersebut dijangka menghasilkan sekitar 680 tan sayur-sayuran setiap tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFA Lim Kok Thai.

Tapak-tapak di Jurong West dan Woodlands dianugerahkan kepada Tomato Town manakala tapak-tapak di Bukit Panjang pula dimenangi ATS Landscaping and Construction manakala tapak-tapak di Sembawang diberikan kepada Winarto.

Usulan-usulan yang berjaya itu memaparkan inovasi teknologi seperti hidroponik dan sistem pertanian menegak dengan ciri-ciri Internet Kebendaan (IoT) dan pengawalan iklim secara automatik, dedah Encik Lim.

Menyediakan lebih banyak ruang untuk pertanian komersil adalah sejajar dengan visi "30 jelang 30" Singapura, menurut SFA dan HDB. Sasarannya adalah untuk negara ini menghasilkan sendiri 30 peratus daripada keperluan pemakanannya menjelang 2030.

Timbalan CEO HDB Mike Chan pula berkata bahawa inisiatif pertanian bandar juga membantu "mempergiat usaha mesra alam" di estet-estet perumahan awam, seiring dengan Program Bandar Mesra Alam HDB di bawah Pelan Singapura Menghijau.

"HDB akan terus meneroka peluang untuk menyuntik lebih banyak kawasan menghijau di estet-eset perumahan kami dan menyediakan sekitaran kehidupan lebih baik untuk para penduduk."

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan