Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 stesen pertama Laluan Thomson-East Coast dibuka selewat-lewatnya akhir Jan 2020

Bahagian pertama Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dibuka selewat-lewatnya pada hujung Januari tahun depan setelah enam tahun kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2019 10:49AM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:34PM

SINGAPURA: Bahagian pertama Laluan Thomson-East Coast (TEL) akan dibuka selewat-lewatnya pada hujung Januari tahun depan setelah enam tahun kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Bahagian pertama itu terdiri daripada tiga stesen di bahagian utara Singapura - Woodlands North, Woodlands dan Woodlands South.

Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan mengumumkan demikian pada Khamis (9 Sep) semasa lawatannya ke Depot Mandai yang menempatkan kereta api bagi laluan akan datang itu.

Encik Khaw berkata sembilan kereta api bagi tahap pertama itu - dihasilkan di China oleh konsortium Kawasaki Heavy Industries dari Jepun dan CSR Qingdao Sifang dari China - sedang diuji dan ditempah khas.

Sistem isyarat laluan tersebut, dibangunkan oleh firma Perancis Alstom, sudah dipasang dan sedang diuji.

Laluan Thomson-East Coast akan menghubungkan bahagian utara, tengah dan timur Singapura. (Peta: LTA)

Laluan Thomson-East Coast akan menghubungkan bahagian utara, tengah dan timur Singapura. (Peta: LTA)

Ujian penuh sistem TEL - laluan MRT keenam Singapura - akan dijalankan semasa cuti sekolah Disember ini, kata Encik Khaw yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana.

Beliau menambah: "Kami juga akan memanfaatkan bulan Disember untuk menganjurkan lawatan ke stesen dan kereta api bagi para penduduk setempat, yang perlu bersabar dengan kerja-kerja binaan selama beberapa tahun ini, untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka."

Beliau berkata, perjalanan di laluan baru itu akan ditawarkan secara percuma pada beberapa hari pertama operasinya, untuk membolehkan para penumpang menyesuaikan diri dengan stesen dan pusat pertukaran ke Laluan Utara-Selatan di stesen Woodlands.

TEL sepanjang 43 kilometer dijangka siap pada 2024 dan akan mempunyai 32 stesen apabila selesai sepenuhnya.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan